Renovation Apartment Medan Jaya

Assalamualaikum wbt. Dah lama sangat saya tak post apa-apa dekat sini ya. ok lepas ni saya akan update tentang ubah suai yang dibuat untuk apartment taman medan jaya yang akan disewakan lepas buat renovation ni. taklah byk sgt cuma nak tambah plaster siling dan betulkan tiles yg dah rosak dalam rumah tu. hari tu ada mintak quotation dari kontraktor yang sama yang buat untuk rumah di ss6. mak aihhhh mahalnya dia quote rm13k! antaranya untuk buat plaster silinf seluruh rumah termasuk tandas (plain plaster siling tanpa cornice), pasang kipas, downlight, tukar tiles yang rosak di bahagian ruang tamu dan dapur, cat seluruh rumah dan bersihkan rumah. amboi tak budget la sampai sebanyak tu. paling-paling pun rm10k. sehari selepas kontraktor indonesia ni bagi quotation kami pun sms la balik mintak kurang kami ckp kalau rm8k memang kami ambik terus. mula2 dia ckp 10k last2 dia bg jugak rm8k sebab kami kena beli downlight, kipas dan switch.

kontraktor ni bukan apa, kerja diaorg macam nak cepattt je dan tak kemas sgt. jadi sy tak berani la nak suggest. tapi disebabkan dah tak tau nak cari kontraktor lain dan malas pikir byk2, kami ambik jela dia senang. lagipun nak suruh ubahsuai sikit aje. berbalik kepasa apartment taman medan jaya ni, sebenarnya masa mula-mula kahwin dulu kami dah menyewa kat sana jadi dah tahula keadaannya tu yg beli kat sana tu sebab dekat dengan komuter datuk harun, dekat dgn jalan besar (highway NPE) dekat dgn pj, sunway dll lah. okla ni gambar sebelum dan selepas renovate.

Before

               

After

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nak di jadikan cerita, terjadi perkara yang sama masa renovate rumah ss6 tu. lambat. dan tak kemas la. tak boleh nak cakap apa lah sebab memang dah tau kerja dia macam tu kan. lambat sebulan kot. sekarang rumah ni dah ada orang sewa. Jadi, siapa yg tanya pasal kontraktor memang saya tak suggest la kontraktor ni. kalau nak tanya pasal kos insha Allah saya boleh bagi tau. eh tapi macam dah bagi tau je kos. :)

Oh ya, kitchen cabinet tu satu lagi problem. yg ni pun satu masalah. ni pakai kontraktor yg sama dengan yg buat kitchen rumah ss6 tu. kali ni nak suruh buat pintu dan compartment sikit. cost RM700. bit pricey kot. yang tak puas hatinya sebab compartment dalam tu buat cam gitu je. berbaloi ke? huhu oklah tu je untuk kali ni. bye!


This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Renovation Apartment Medan Jaya

  1. Joe says:

    Salam, very nice blog and info. Boleh email saya x total kos untuk renovation apartment ni. nak buat estimation.

  2. Muhammad Farid Shuhadis says:

    Berminat Kalu Encik Or Puan nak jual rumah ne. Tengah mencari rumah yg berdekatan dengan tempat kerja dan tempat mengasuh anak. No telephone 017 66 99552

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>