Cermin tingkap balcony

Hai, sebernarnya sy kat tempat kerja ni. kiranya macam iklan la. penat buat kerja jadi sy selit2 sikit buat benda lain supaya tak bosan. hihi. ni namanya curi tulang ni. oklah sy nak cerita pasal cermin tingkap untuk balcony depan. suami sy suka sangat nak letak cermin ni jadi sy pun ikut jela sebab sy sebenarnya tak berapa setuju sangat nak letak cermin kat depan sebab habisla angin2 sepoi2 bahasa tak dapat masuk ke rumah nanti.

sekalinya masa pegi kedai cermin untuk beli cermin untuk tandas, ternampakla kedai cermin untuk balcony ni. eh berapa banyak cermin da. so en suami pun masuk la kedai tu tanya2 then berkenan pulak pastu terus dia bayar deposit. mintak maaf sekali lagi sebab harga sy tak ingat. nak kena tunggu en suami balik dari outstation lah sebab semua harga2 ni dalam excel sheet laptop dia. nak dipendekkan cerita, kat bawah ni lah rupanya balcony lepas dah letak cermin.

ok ke? nak cakap pasal view, memang tak ganggu lah nak tengok view. kiri kanan je tingkap untuk pengudaraan. oh ya. cakap pasal view dari balcony/ bilik master, kali ni sy boleh letak gambar sebab sejak akhir2 ni sy ada snap.

ni view dari bilik master. view dari bilik master dengan dari balcony sama je sebab dua2 bersebelahan. tu bangunan putih yg macam ada tinkap tula bangunan tabung haji. view ni best kan, bila tahun baru atau apa2 perayaan sy boleh nampak fireworks kat semua tempat! betul tak tipu. masa tahun baru hari tu kalau tak silap sy ada lebih dari 8 fire works serentak sy dapat tengok, daripada fireworks kat genting highlands (genting highland kat belah kiri tapi takde dalam gambar ni), klcc, dan mana2 lagi tempat, sy dapat tengok. cantik! dah cantik sangat jadi tak teringat nak tangkap gambar. sorry. hihi.

Cantik kan view pagi2. boleh nampak matahari muncul. tapi sy tak tunggu la sampai matahari tu muncul sebab sy nak kena siap2 untuk kerja. hehe

ok tu je untuk kali ni. kalau ada apa2 nak tanya boleh la comment k. bye. :)

This entry was posted in Balcony. Bookmark the permalink.

One Response to Cermin tingkap balcony

  1. aishah hussin says:

    cantik cermin tu..;-)
    awak..saya ada comment kat previous entry awak..
    saja nak tanya kontraktor yg awak upah tu ok ke?
    orang kita ke??
    saya nak renovate rumah tp xjumpa lg..risau pun ada gak takut kena yang menipu..klu kontraktor awak ni buat kerja bagus..nak jugak deal dgn dia
    berapa kos renovation awak utk rumah?
    maybe awak tak alert coz bnyk entry kan ;-)
    klu free email boleh?

    Thanks ye
    Aishah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>