Laminated Floor

eh satu hari sampai dua pulak post?hehehe. ok sekarang nak cerita sikit pasal laminated floor. laminated floor ni beli kat Houz depot Kota Damansara jugak. hari-hari pegi situ sebelum rumah siap rasanya sampai pekerja kat situ kenal kami kot.

seminggu selepas dah bayar deposit, sorang agent datang rumah untuk ukur keluasan hall ni. kalau nak tanya sy keluasan hall errr…tak tahu sy. tapi keluasan rumah ni dalam 900 sf kalau tak silap sy. so sy anggarkan dalam 400 sf kot hall. oklepas dah ukur, seminggu lepastu datang kontraktor cina pasang. dia sorang je. dari pagi sampai ke petang usaha untuk siapkan jugak hari tu.

Harga pulak sekeping RM2.99. time tu promotion kalau tak silap dan corak tu yg paling murah. ni en hafiz yg pilih sebab dia nak yg cerah-cerah sikit. kalau ikut sy, sy nak yg gelap sikit baru nampak ekslusif. hehhe. ampun ye abg. percanggahan warna lak. tapi takpeeee.. sy redha je. hehehe. ok, dah murah tu ada la con nya. yg jenis ni water resistant. bukan water proof. jadi perbezaan tu la yg membuatkan harga laminated ni murah. ada jugak survey kat floor depot. harga dalam rm7 kalau tak silap sy. tapi yg tu memang utk tahan lasak punyala. jadi nya.. total kos untuk laminated floor ni adalah RM2,132.06 termasuk pemasangan. oh ya. untuk pemasangan kena tambah berapa sen atau ringgit tah utk pemasangan bagi sekeping laminated floor ni. sy memang tak ingat. maaf ye. ok macam biasa, kalau ada apa2 nak tanya, boleh tanye je. bye!

This entry was posted in Ruang tamu. Bookmark the permalink.

10 Responses to Laminated Floor

  1. Merah says:

    Salam… Boleh share kan nombor kontraktor yg pasang lantai lamina ni tak?? boleh tolong emailkan ke alamat email saya @ faisalradzi@gmail.com

    TQ yaa… :)

  2. anis says:

    setakat duk guna laminated floor ni dah nampak tak apa kelebihan dan kekurangannya berbanding tiles biasa?tahan calar tak?

    • admin says:

      setakat ni baru tak sampai setahun so tak nampak sangat lagi kekurangannya. kelebihan tu lantai tak sejukla bila pijak berbanding tiles. kelemahan plak, lantai ni cuma water resistant, bukan waterproof jadi bila air tertumpah mesti kena lap cepat2 supaya tak rosakkan lantai tu. kalau nak jenis waterproof ada jual tapi harga lagi mahal.pasal calar lak, memang tak calar lagilah setakat ni :)

  3. Dana says:

    Nak no contractor jgak plz!tq

    Dana

  4. anis says:

    salam…

    nice blog…. nak tanya la, apa nama laminated floor kat ruang tamu tu, berkenan la pulak hehe. satu lagi nak mintak izin copy beberapa gambar dari blog ni yer. Nak tempek kat blog anis, skrg anis tengah survey barang2 utk reno rumah. So yg mana berkenan anis letak dalam blog. Senang nak tunjuk kat asben.Bleh yer :)

    • admin says:

      Ws,

      tak sure la brand laminated floor tu. yg tu beli kat Houz Depot Kota Damansara. ok je nak ambik gambar… :)

  5. anis says:

    err maksud anis bukan brand tapi jenisnya. contohnya maple ker, oak ker? thanks yer:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>