Renovation Apartment Medan Jaya

Assalamualaikum wbt. Dah lama sangat saya tak post apa-apa dekat sini ya. ok lepas ni saya akan update tentang ubah suai yang dibuat untuk apartment taman medan jaya yang akan disewakan lepas buat renovation ni. taklah byk sgt cuma nak tambah plaster siling dan betulkan tiles yg dah rosak dalam rumah tu. hari tu ada mintak quotation dari kontraktor yang sama yang buat untuk rumah di ss6. mak aihhhh mahalnya dia quote rm13k! antaranya untuk buat plaster silinf seluruh rumah termasuk tandas (plain plaster siling tanpa cornice), pasang kipas, downlight, tukar tiles yang rosak di bahagian ruang tamu dan dapur, cat seluruh rumah dan bersihkan rumah. amboi tak budget la sampai sebanyak tu. paling-paling pun rm10k. sehari selepas kontraktor indonesia ni bagi quotation kami pun sms la balik mintak kurang kami ckp kalau rm8k memang kami ambik terus. mula2 dia ckp 10k last2 dia bg jugak rm8k sebab kami kena beli downlight, kipas dan switch.

kontraktor ni bukan apa, kerja diaorg macam nak cepattt je dan tak kemas sgt. jadi sy tak berani la nak suggest. tapi disebabkan dah tak tau nak cari kontraktor lain dan malas pikir byk2, kami ambik jela dia senang. lagipun nak suruh ubahsuai sikit aje. berbalik kepasa apartment taman medan jaya ni, sebenarnya masa mula-mula kahwin dulu kami dah menyewa kat sana jadi dah tahula keadaannya tu yg beli kat sana tu sebab dekat dengan komuter datuk harun, dekat dgn jalan besar (highway NPE) dekat dgn pj, sunway dll lah. okla ni gambar sebelum dan selepas renovate.

Before

               

After

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nak di jadikan cerita, terjadi perkara yang sama masa renovate rumah ss6 tu. lambat. dan tak kemas la. tak boleh nak cakap apa lah sebab memang dah tau kerja dia macam tu kan. lambat sebulan kot. sekarang rumah ni dah ada orang sewa. Jadi, siapa yg tanya pasal kontraktor memang saya tak suggest la kontraktor ni. kalau nak tanya pasal kos insha Allah saya boleh bagi tau. eh tapi macam dah bagi tau je kos. :)

Oh ya, kitchen cabinet tu satu lagi problem. yg ni pun satu masalah. ni pakai kontraktor yg sama dengan yg buat kitchen rumah ss6 tu. kali ni nak suruh buat pintu dan compartment sikit. cost RM700. bit pricey kot. yang tak puas hatinya sebab compartment dalam tu buat cam gitu je. berbaloi ke? huhu oklah tu je untuk kali ni. bye!


Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pokok dan Air Purifier sebagai penapis udara

Semenjak Emir Hakeem kerap admitted sy dan en hafiz mula fikir kenapa dia kerap sangat tak sihat. so dari situ kami mula gulung karpet dan google cara untuk mengelakkan dia admit lagi sekali. Jadi en hafiz fikir nak beli air purifier dan tanam pokok kat dalam rumah.

Dalam sebulan atau dua bulan lepas kami survey Air purifier kat Harvey Norman Paradigm Mall dan beli. Harga dalam RM1,300 (kalau tak silap) Brand Hitachi.

Last week pulak pegi nursery kat area Jalan Sungai Buloh tu. En hafiz dah google dah pasal pokok yg sesuai untuk air filtering. time tu kami cuma beli dua jenis iaitu Peace Lily dan Snake Plant. List of air-filtering plants – Wikipedia, the free encyclopedia boleh klik link ni untuk details.

tapi hati-hati dua-dua pokok ni toxic to cats.

Snake Plant

Peace Lily

So far dua-dua sihat walafiat je. siram pulak sekali seminggu je sebab kalau tanah terlalu lembab diaorang tak boleh bernafas. jadi tak payah rajin nak siram pokok pagi-pagi tiap-tiap hari ye. Snake plant tu harda dalam RM28 sepokok. satu pastu tu untuk tiga pokok. pasu pulak depends la ambik jenis mana. kalau macam kat atas tu. dalam RM30 kalau tak silap. Peace Lily pun harga dalam RM20. satu pasu muat dua pokok. dah berbunga pun Peace Lily tu. letak dalam bilik pokok tu. ok kat bawah ni list jenis pokok lain yang boleh ditanam. ingat nanti nak tambah lagi pokok. biar rumah jadi hutan pun takpe janji hakeem sihat.

Plants

Plant, Top remover of: benzene
(NASA)[1]
formaldehyde
(NASA)[1](Wolverton)[4]
trichloroethylene
(NASA)[1]
xylene and
toluene[4][5]
ammonia[5] Poisonous or Edible?[6]
Weeping Fig (Ficus benjamina)[13] No Wolverton No Yes No Poisonous if eaten or chewed by dogs, cats and horses[14]
Warneck dracaena
(Dracaena deremensis ’Warneckii’)
Yes No Yes Yes No Toxic to cats
Spider plant (Chlorophytum comosum) No NASA No Yes No Non-toxic to cats
Snake plant or mother-in-law’s tongue
(Sansevieria trifasciata ’Laurentii’)
Wolverton NASA Wolverton Yes No Toxic to cats and dogs[10]
Selloum philodendron
(Philodendron bipinnatifidum, syn. Philodendron selloum)
No NASA No No No Toxic to cats
Rubber Plant (Ficus elastica) No Wolverton No No No Toxic to Cats
Red-edged dracaena (Dracaena marginata) Yes NASA Yes Yes No Toxic to Dogs and Cats[11]
Pot Mum or Florist’s Chrysanthemum (Chrysanthemum morifolium) Yes NASA, Wolverton Yes Yes Yes Poisonous if eaten or chewed by dogs, cats and horses[15]
Peace lily (Spathiphyllum ’Mauna Loa’) Yes Wolverton Yes Yes Yes Toxic to cats
Moth orchid (Phalenopsis sp.) No No No Yes No Non-toxic to cats
Lilyturf (Liriope spicata) No Yes No Yes Yes Non-toxic to cats
King of hearts (Homalomena wallisii) No No No Yes No  ?
Kimberly queen fern (Nephrolepis obliterata) No Wolverton No Yes No Non-toxic to cats
Janet Craig dracaena
(Dracaena deremensis ’Janet Craig’)
Yes Wolverton No Yes No Poisonous if eaten or chewed on by dogs[12]
Heartleaf philodendron
(Philodendron oxycardium, syn. Philodendron cordatum)
No NASA No No No Toxic to cats
Golden pothos or Devil’s ivy
(Scindapsus aures or Epipremnum aureum)
Yes NASA Yes Yes No Poisonous if eaten or chewed by pets or children[7]
Gerbera Daisy or Barberton daisy
(Gerbera jamesonii)
Yes Wolverton Yes No No Non-toxic to cats
Flamingo lily (Anthurium andraeanum) No Yes No Yes Yes Poisonous[8]
English Ivy (Hedera helix) Yes Wolverton No Yes No Toxic to cats
Elephant ear philodendron (Philodendron domesticum) No NASA No No No Toxic to cats
Dwarf date palm (Phoenix roebelenii) No Wolverton No Yes No Non-toxic to cats
Dumb cane (Exotica) (Dieffenbachia) No No No Yes No Mildly toxic to children and pets if eaten or chewed[16]
Dumb cane (Camilla) (Dieffenbachia) No No No Yes No Mildly toxic to children and pets if eaten or chewed[16]
Dendrobium orchid (Dendrobium sp.) No No No Yes No Non-toxic to cats
Cornstalk dracaena
(Dracaena fragans ’Massangeana’)
No NASA No No No Toxic to cats
Chinese evergreen (Aglaonema modestum) Wolverton[9] Wolverton[9] No No No Toxic to cats
Broadleaf Lady Palm (Rhapis excelsa) No Yes No Yes Yes Non-toxic to cats
Boston fern (Nephrolepis exaltata“Bostoniensis”) No Wolverton No Yes No Non-toxic to cats
Bamboo palm or reed palm (Chamaedoreasefritzii) No NASA, Wolverton No Yes No Non-toxic to cats
Areca palm (Chrysalidocarpus lutescens) No No No Yes No Non-toxic to cats

Posted in Uncategorized | 7 Comments

New – baru

over plak sehari sampai dua post. kat bawah ni gambar rumah yg latest. ada la beberapa perabot yang baru tukar.

tukar sikit-sikit, pelan-pelan. oh ya tak pernah letak gambar bilik. kat bawah ni bilik guest. baru kemas sebab sebelum ni macam stor.

ada tv la, xaci betul. dalam bilik master pun takde tau. lagi satu wardrobe kat bilik guest lagi besar dari bilik master. sorry lampu kat plaster siling tu tak betulkan balik lagi.

bye. nanti sy nak cerita pasal landscape untuk balcony dan pokok yang kami tanam dalam rumah dan tak perlu penjagaan yang teliti. tapi tak tau lagi bila la sy nak cerita. bye

Posted in All, Bilik, Ruang tamu | 2 Comments

CCTV

As salam, harini nak cakap sikit pasal cctv. nak cakap banyak-banyak tak tau sangat sebab en suami yang tahu pasal tu. Yang sy tau DVR 4 channel + 1 TB + camera (3 dome+1outdoor) + p0wer 4 channel. total cost RM1,650. cctv letak kat 4 area. living, dining, kitchen dan entrance. ni total cost untuk barang sahaja sebab en hafiz yang pasang. tapi wiring untuk cctv memang dah suruh wireman pasang sekali time buat wiring.  jimat la sikit. rasanya kos untuk pasang dalam rm500 kot. tak sure jugak.

Gambar first dan second tu kat area living dan dining, third tu dapur dan bawah skali tu kat entrance. kat bawah ni pulak gambar dari hp sy. en suami enter frame lak. oh  ya. nampak tak pokok dua tu. pokok tu baru je beli last week. nanti sy cerita pasal pokok plak. hehe. ok la. tu je pasal cctv. nak cakap lebih-lebih tak tau sangat pun. eh bahaya ke cerita dan letak gambar cctv ni. kalau ada apa-apa nak tanya, tanyala, kalau sy tak tau nak jawab sy tanyakan kat en suami ok. bye

eh lupa. semua barang untuk cctv ni beli kat jalan pudu. nama kedai tak ingat. hihi

 

Posted in SS6 | 2 Comments

Cermin tingkap balcony

Hai, sebernarnya sy kat tempat kerja ni. kiranya macam iklan la. penat buat kerja jadi sy selit2 sikit buat benda lain supaya tak bosan. hihi. ni namanya curi tulang ni. oklah sy nak cerita pasal cermin tingkap untuk balcony depan. suami sy suka sangat nak letak cermin ni jadi sy pun ikut jela sebab sy sebenarnya tak berapa setuju sangat nak letak cermin kat depan sebab habisla angin2 sepoi2 bahasa tak dapat masuk ke rumah nanti.

sekalinya masa pegi kedai cermin untuk beli cermin untuk tandas, ternampakla kedai cermin untuk balcony ni. eh berapa banyak cermin da. so en suami pun masuk la kedai tu tanya2 then berkenan pulak pastu terus dia bayar deposit. mintak maaf sekali lagi sebab harga sy tak ingat. nak kena tunggu en suami balik dari outstation lah sebab semua harga2 ni dalam excel sheet laptop dia. nak dipendekkan cerita, kat bawah ni lah rupanya balcony lepas dah letak cermin.

ok ke? nak cakap pasal view, memang tak ganggu lah nak tengok view. kiri kanan je tingkap untuk pengudaraan. oh ya. cakap pasal view dari balcony/ bilik master, kali ni sy boleh letak gambar sebab sejak akhir2 ni sy ada snap.

ni view dari bilik master. view dari bilik master dengan dari balcony sama je sebab dua2 bersebelahan. tu bangunan putih yg macam ada tinkap tula bangunan tabung haji. view ni best kan, bila tahun baru atau apa2 perayaan sy boleh nampak fireworks kat semua tempat! betul tak tipu. masa tahun baru hari tu kalau tak silap sy ada lebih dari 8 fire works serentak sy dapat tengok, daripada fireworks kat genting highlands (genting highland kat belah kiri tapi takde dalam gambar ni), klcc, dan mana2 lagi tempat, sy dapat tengok. cantik! dah cantik sangat jadi tak teringat nak tangkap gambar. sorry. hihi.

Cantik kan view pagi2. boleh nampak matahari muncul. tapi sy tak tunggu la sampai matahari tu muncul sebab sy nak kena siap2 untuk kerja. hehe

ok tu je untuk kali ni. kalau ada apa2 nak tanya boleh la comment k. bye. :)

Posted in Balcony | 1 Comment

Dapur

Assalamualaikum. sebenarnya dah lama sy nak cerita pasal dapur comel kesayangan sy ni. tapi baru hari ni sy snap gmbr dapur ni. harini xboleh cerita byk2 sebab sy taip pakai hp comel gak. hehe. harini layan gmbar jela dulu ye. nak cerita pasal kos sy tak ingat. big boss xbalik dr outstation lagi. tunggu ye. insyaallah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar kiri tu tall unit. Hm, sy rasa tiles kat bahagian dapur ni sy tak berapa sgt sebab bila dah letak tiles tu baru leh nampak sesuai ke tak. Jadi kesimpulannya tiles jenis besar ni tak sesuai utk dapur sy. sy suka jenis yg 2 kaki x 0.5 kaki. baru nampak cam laminated floor tapi sebenarnya adalah tiles. ada jual kat kedai tapi mahal sikit. takpelah dah buat kan. insyaallah dengan pengalaman ni nnti mana tau ada rezeki buat rumah utk tanah kat bukit damar tu. amin.

Amboi bos kecik ni balik2 dari ambil dia kat rumah babysitter terus punggah mainan. tengok tu. sengaja je nak semakkan rumah. padahal bukan nak main sangat. eee. geramnye. nasib baik sayang tau. nanti kemas balik ye. kalau tak kena babap.

Haa… macam tu la kemas balik. ceit padahal mummy nye yg kemaskan. dia sibuk je dengan ipad. semua dah jadi harta dia sekarang ni. nampak je mummy nya pegang ipad terus nak rampas. dengan mummy sendiri pun macam tu apatah lagi dengan org lain. ada sekali tu sepupu dia ambik ipad n main terus hakeem merengek dan tarik rambut. kesian kawan tu. hehe. hakeem hakeem. kedekut ye.

Posted in Dapur | 10 Comments

Laminated Floor

eh satu hari sampai dua pulak post?hehehe. ok sekarang nak cerita sikit pasal laminated floor. laminated floor ni beli kat Houz depot Kota Damansara jugak. hari-hari pegi situ sebelum rumah siap rasanya sampai pekerja kat situ kenal kami kot.

seminggu selepas dah bayar deposit, sorang agent datang rumah untuk ukur keluasan hall ni. kalau nak tanya sy keluasan hall errr…tak tahu sy. tapi keluasan rumah ni dalam 900 sf kalau tak silap sy. so sy anggarkan dalam 400 sf kot hall. oklepas dah ukur, seminggu lepastu datang kontraktor cina pasang. dia sorang je. dari pagi sampai ke petang usaha untuk siapkan jugak hari tu.

Harga pulak sekeping RM2.99. time tu promotion kalau tak silap dan corak tu yg paling murah. ni en hafiz yg pilih sebab dia nak yg cerah-cerah sikit. kalau ikut sy, sy nak yg gelap sikit baru nampak ekslusif. hehhe. ampun ye abg. percanggahan warna lak. tapi takpeeee.. sy redha je. hehehe. ok, dah murah tu ada la con nya. yg jenis ni water resistant. bukan water proof. jadi perbezaan tu la yg membuatkan harga laminated ni murah. ada jugak survey kat floor depot. harga dalam rm7 kalau tak silap sy. tapi yg tu memang utk tahan lasak punyala. jadi nya.. total kos untuk laminated floor ni adalah RM2,132.06 termasuk pemasangan. oh ya. untuk pemasangan kena tambah berapa sen atau ringgit tah utk pemasangan bagi sekeping laminated floor ni. sy memang tak ingat. maaf ye. ok macam biasa, kalau ada apa2 nak tanya, boleh tanye je. bye!

Posted in Ruang tamu | 10 Comments

Door Price List

Assalamualaikum, lama sy tak post. nak cakap sibuk, sibuk la jugak maklumlah dah kerja balik kan. balik rumah nak uruskan rumah tanggga pastu rehat lagi. dah tak sempat nak buat post baru. hehehe. kitchen dan wardrobe dah lama siap tapi tak sempat lagi nak cerita  pasal tu. insyaallah kalau rajin sy cerita.

Oh ya sebenarnya sy nak cerita pasal pintu-pintu yg ada kat umah tu. alah, macam berjenis-jenis pulak. ada dua jenis, satu pintu kayu untuk bilik, dan lagi satu jenis untuk tandas. tandas ada dua pintu sebab rumah ni ada satu je tandas. tandas ni attach dengan master bathroom dan dapur. isk kejap cakap kitchen kejap cakap dapur. bantai je lah ek. heheheh.

harini hari sabtu so tak ramai kat office yg lagi bestnya kat deparment ni sy sorang je harini. apela bos rugi je bayar pekerja tapi pekerja tak buat kerja. ampunnn bos. ekekekke.

oklah berbalik kepada pintu tadi. mula-mula skali, masa tandas dah siap, pintu yg sebenarnya untuk tandas tu tak siap lagi. so terpaksala beli temporary door. ala yg wooden door tu. tak bercat lagi sebab buat apa nak cat kan nanti nak bukak balik pun. gambar takde plak. dah google pun tak jumpa la nak tunjuk contoh (ke tak pandai cari). ok harga pintu tu satu RM75 (with handle). so kena beli dua la kan.

Lepas je pintu yg sebenar dah siap, pintu yg lama tu pun dibuka. tak tau nak buat apa, then en hafiz bagi la dekat kontraktor indon tu. tak tau la dia buat apa kan dengan pintu tu. jual ke, guna untuk org lain ke, wallahualam. pintu yg sebenarni namanya VITALLY aluminium swing door. Pintu ni beli kat Houz Depot Kota Damansara. ok pintu ni ada gambar.

 

 

 

 

 

 

 

Yang belah kiri tu corak bahagian luar pintu, yang kanan tu dah tentulah bahagian dalam sebab tak ada corak kan. so far pintu ni tak mambawa apa-apa masalah. semua ok.

Berbalik kepada harga pulak, harga bagi satu pintu RM606. Jadi terpaksa beli 3 pintu. dua utk tandas dan satu lagi untuk pintu belakang ke balcony kedua. Mulanya memang sy tak berapa nak setuju dengan pintu ni, tapi untuk long term, mungkin berbaloi la kot sebab pintu ni tahan karat.

Pintu bilik pulak, sama jugak beli kat Houz depot. yg ni memang cari wooden door yg paling murah kat situ. harga satu RM169. kena beli 3 sebab bilik ada 3. Contoh pintu ni macam kat bawah

Boleh la kan. frame tu tak berapa nak cantiklah diaorg cat. nak cepat la tu. sebab masa kitorang masuk pindah renovation still tak habis-habis lagi. ok, itu je carita pasal pintu. jumpa lagi!

Posted in Balcony, Bilik, Dapur, Tandas | 1 Comment

Wiring items price list

Kali ni sy nak listkan harga2 utk wiring sebab barang2 utk wiring ni separate. kami yg beli utk memastikan penggunaan kabel yg selamat. wiring untuk rumah tu memang totally buat lain. banyak penambahan dan perubahan kedudukan semua switches.

Wiring Items

Door Chime (1x RM40)
1.5mm Mega Cable (2x RM50)
1.5mm Mega Cable (2x RM49)
2.5mm Mega Cable (7x RM77)
4mm Mega Cable (1x RM125)
1.5mm PVC Cable (2x RM35)
1.5mm PVC Cable (4x RM37)
2.5mm PVC Cable (2x RM57.50)
16A PVC Cable (10x RM4.50)
ABB 63A 2Pole 0.1 ELCB (1x RM78)
ABB 1Pole MCB (28x RM7.50)
ABB 63A 2P MCB (RM1x RM18)
L-Bar (1x RM10)
39Way DP Box (1x RM45)
Astro Cable (15x RM1.50)
TOTAL RM1,663.50

 

Posted in All | 25 Comments

Bathroom Price list

Assalamualaikum, lama tak post sejak pindah rumah. Dah kerja ni masa jadi terhad la nak buat macam2. Siang kerja balik nak uruskan rumah tangga pulak. Tapi apa2 pun memang happy sangat dpat duduk rumah sendiri ni.

oh ya, kitchen cabinet dah lama pasang. wardrobe pulak sekarang ni baru tengah nak pasang. insyaallah kalau tak dapat siap hari ni mungkin esok boleh siap.

ok saya nak listkan serba sedikit kos2 yg kami keluarkan utk renovation ss6 ni. (bukan kamilah, hubs je yg keluarkan kos tu. hehe).

Bathroom

Glass Rain Shower  : RM1,125
Sorento S/Steel Cabinet C/W Glass Basin GB3002C (sink)   : RM1,020
Sorento S/Steel 500ML Space Liquid SOAP Dispenser SRT385-5 : RM84x2 = RM168
BOTTLE TRAP BT009      : RM35
Sorento SRTSH614 SQUARE BRASS SHOWER HEAD. Size 195*195*8MM    : RM287
Sorento CONCEALTED BATH & Shower Mixer SRTWT9112        : RM301
Sorento S/STEEL Towel Shelve with Bar SRT306B-24        : RM91
Sorento S/Steel Floor Grating 6″ x 6″ : RM56x2 =           RM112
Sorento Bidet Colour Nickel SRT86-NK        : RM40.60
Sorento S/Stell Tooth Brush Holder SRT311B       : RM49
Big Mirror (Toilet)        : RM200
Joven 50 Liter JH-50 Storage Water Heater (Seloka)     : RM590
Toilet Bowl (P Trap) – ECONAX         : RM395
Downlight 8″ (RM37.5) + Downlight 6″ (RM30)        : RM67.90
Superino Hose Bib Tap (Wudhuk)    : RM22
TOTAL = RM4,503.60

Yang menjadikan kos utk reno bathroom ni banyak disebabkan rain shower, sink dan water heater. kalau takde benda tu takde la sampai harga macam tu. dan kalau nak cut cost lagi boleh survey2 brand lain yg lagi murah tapi rain shower tu custom made jadi memang mahal sikit. lepas dah order dan bayar deposit baru saya terfikir kalau rain shower tu takde pintu mungkin kos lagi kurang. tapiiii.. pintu tu penting jugak utk mengelakkan air terpercik ke bahagian sebelah sebab bahagian sinki dan toilet bowl tu kami jadikan dry area.

so far alhamdulillah cuma ventilation fan tu macam kuat sangat plak bunyi nya. huhu. kalau bukak switch lampu ventilation fan tu pun auto on. so tak leh buat apa2 lah pasal bunyi tu. yg lain2 ok. kalau ada apa2 nak tanya, tanyalah! bye

Posted in Tandas | 14 Comments

Panduan dan rujukan

assalamualaikum semua, tujuan saya paparkan harga setiap barang di dalam proses renovation ini bukanlah untuk menunjuk2 tetapi ianya adalah untuk panduan dan rujukan kepada sesiapa yg memerlukan. :) dannnn sebagai peringatan kepada kami juga!

Posted in SS6 | 17 Comments

Bilik air

panasonic ventilation fan, sorento tab n cabinet, econex toilet bowl

sorento towel hanging

sorento shower

sorento shower gel dan shampoo

shower screen?

pintu balcony belakang

kiri pintu masuk bilik air dari dapur

kanan, pintu bilik air dari bilik master

pintu bilik air dari dapur

pintu masuk dari bilik master

Posted in Tandas | 17 Comments

Rumah dah siap ke?

Dah hampir sebulan pindah ke rumah baru…tapi rumah ni belum lagi siap sepenuhnya… esok baru pintu sebenar bilik air akan dipasang….skrg ni pakai pintu kayu biasa je.. pintu yg tak bercat dan tak berkikis sampai ada satu hari tu tapak tangan ni dah kena selumbar dek kerana dah terpegang permukaan pintu yg kasar tu. harap2 esok siap la diaorang pasang pintu baru.

Kitchen cabinet plannya nak buat dalam masa terdekat ni… minggu lepas ada pegi giant kota damansara dan ternampak qubiq punya kedai… lastly bayang rm80 untuk site visit tapi sampai sekarang tak datang2 lagi…mentang2 dah bagi duit suka2 hati dia aje… dah janji nak datang tapi tak datang2 pun… tak datang tu satu hal. kalau tak jadi datang tu apa kah salahnya call untuk cansel…takde la kita nak tertunggu2….dahla cerita pasal dia…baik cerita pasal lain lagi sejuk sikit hati…

cerita pasal rumah yg hampirrrrr nak siap..hehehe… jeng jeng jeng

lupa nak snap masa belum letak perabot…ni baru lepas pasang laminated floor..satu hari siap

dapur belum pasang kitchen cabinet…

selit gambar kek sikit…happy belated birthday emir hakeem!

birthday boy makan sumi je…kek dia tak suka…..wuuuu

kek lagiiii..cantik tapi manis sgtlah

kamiii…

dan kamiiii semua

kat bawah ni gambar rumah yg terbaru sekali

hehe bos kecik…

mainan bos kecik

langsir beli kat nilai 3 siap 2 jam jeee

pintu bilik master

errrrrrr….. dapurrr? maaf nampak selerak sangat maybe sebab terlampau banyak barang…harap2 lepas ada kabinet takdela rupa macam ni lagi

candelier kat living…. beli kat nilai 3 jugak..

lampu untuk dining…beli kat puchong….rm79 satu kalau tak silap

gambar tandas lupa nak save dalam komputer lak…nanti update lain lepas pasang pintu, bye!

 

 

 

 

Posted in All | 4 Comments

Rumah yg belum siap

Assalamualaikum.. Bersiaran di bilik kecil en suami smbil menidurkan bos kecil aka emir hakeem. En suami pulak tgh sibuk membersihkan rumah lg di mana jam sudah menunjukkan pukul 1:12 pagi. Excited nak tinggal rumah baru padahal rumah ni belum pun siap… Nak salahkan siapa, kontraktor yg tak menepati masa. Due date sepatutnya 24hb  feb, tapi harini dah masuk bulan mac. Berpindah randah kami dibuatnya. Lepas angkut barang dari puncak seri kelana pada 29hb feb kami terpaksa tinggal di lestari perdana rumah tqah. Dia pulak kena keluar dari jati apartment tu pada 7hb feb..oh semalam lah ..hehe..nak tak nak terpaksalah tinggal di rumah yg tak siap lg..

kesian bos kecik kena tidur dalam bilik kecik dan berhabuk…gambar terakhir tu adalah sebahagian kecil dari barang2 dari rumah dulu…

 

 

 

Posted in All | 1 Comment

Plaster siling

oh ya lupa pula plaster siling untuk hall dan bilik2 dah siap akhirnya!

 

L box plaster siling untuk hall… kontraktor nak letak cornice kat tepi tu tapi rasanya memang sangat tak sesuailah l box ada cornice

 

bilik kedua…ada space 7″ untuk hiding curtain rail… bilik ni dah terletak cornice….huhu

plaster siling untuk bilik kecik ni plain je….ni la bilik kerja en hafizz….

ni lak palster siling untuk bilik utama….

Posted in Bilik, Ruang tamu | 21 Comments

Tile dapur dah siap

tengahari tadi husband saya sempat pegi ambik 2 keping tile yg tak cukup utk bahagian dapur tu. sekeping rm17.50…alhamdulillah tile untuk dapur dah siap…

tadaaa… hehe

oh ya…tile dinding kat toilet pun tengah buat…

ok sampai di sini sahaja..jumpa lagi esok!

Posted in Dapur | Leave a comment

Tile dapur tak cukup

ni ada;ah gambar yg diambil hari ni…

nampak tak belah kiri tu… tak cukup 2 keping tile sebab pekerja ni salah potong.. tak pasal2 nak kena pegi beli kat puchong tu…haishhh.. sejak kebelakangan ni progress sangatlah lambat. jadi terpaksala kami extend lagi masa daripada jumaat ni ke isnin depan,. selasa kami akan pindah masuk insyaallah…

nak cerita pasal progress toilet pun nnt lah sebab mmg tak byk pun….oh ya..plaster siling untuk hall dan bilik tidur dah siap…n dah cat…

Posted in Dapur | 2 Comments

Kitchen tabletop yg dah siap!!

oh lama tak update. progress reno umah pun agak perlahan.. mungkin disebabkan

kitchen tabletop yg dah extend sekaki di sebelah kanan

dalam proses nak letakkan tile di sekeliling tabletop

glass mosaic dlmproses nk lekatkan kat dinding… tile kat dinding pun tgh buat

tgk… pekerja tgh buat lg mosaic tu

weeehuuu…kitchen tabletop n glass mosaic ni akhirnya siap jgk!

suka2 hati je letak barang2 atas tile tu…kang calar la

 

Posted in Dapur | Leave a comment

Kitchen tabletop

assalamualaikum…. petang tadi kami sekeluarga ada pegi melawat umah kami. tabletop utk kitchen dah naik dan plaster siling untuk hall tengah buat..rasanya esok2 siap kot.. hopefully.. dan…esok juga kena buat 3rd payment… iaitu sebanyak rm4500…

ni bahagian hall…tengah pasang besi tu..

tabletop kitchen…dalam proses nak buat ni

bahagian tepi tabletop..nampak tak sebelah hob tu ada space sikit je..mana nak muat letak rice cooker dan kettle jadi terpaksala mintak kontraktor extend lagi satu kaki ke kanan…belah kanan tu plan nak letak fridge

hehe…big bos dengan hakeem tengah melawat tapak

ni plaster siling yg dalam proses nak buat kat pintu masuk…

lastlyyy, baby brown..hehe..hakeem tumpahkan cat masa kat houz depot tadi..cat minyak plak tu..terpaksa la cuci dengan thinner….habis baju kena cat n terpaksa la buang..

 

Posted in Dapur | Leave a comment

Interior designer dan 3d

Pada mulanya ingat tak nak ambik id, last2 ambik jugak kawan kepada kawan suami. last week dia ada bagi 3d untuk dapur dan hall…

Dining

Living

huhu. agak2 nanti lepas dah siap reno macam mana la rupanye rumah ni ye. kerusi tu dah betul dah cuma sofa n divider je tak de lagi.. divider tu kata suami satu rm500 so kat situ ada 4..maknanya kena ada rm2000….wuuu…benda alah tu pun mahal nye. tak pun takpayah ada divider lah. dengan langsir belum beli kain lagi…pintu bilik air belum ukur lagi…

oh ya pagi tadi houz depot ada call bagi quotation untuk laminated floor untuk hall.. kalau tak silap dia cakap rm2195….

Posted in SS6 | 8 Comments

Wiring info

Hari ni suami sy sempat pergi melihat progress rumah kami. alhamudulillah wiring sudah siap katanya.ni antara gambar yg sempat di snap

WIRING DETAILS

*** Perlu guna kabel JKR spec untuk 2.5 dan 1.5

Semua
- Tukar wiring satu rumah, termasuk wiring aircond (4) dan water heater (1)
- Conceal wiring
- Box untuk kesemua plug point dan suis
- Tukar MCB, pindah ke belakang pintu masuk. Rujuk wiring info
- Upah cat rumah keseluruhan

A. Hall
1. 8 downlight point. 1 point dari MCB, 6A
=> 2 downlight 1 suis. 4 switch 4G1W untuk downlight
2. 4 T5 light point. 4 suis untuk lampu T5 4G1W. 1 point dari MCB, 6A
3. 2*2 light point untuk frame, 4G1W (2 suis). Share point MCB dengan downlight Hall
4. 1 twin plug 13A point (Dinding diantara pintu Bilik 1 dan dapur). 1 point dari MCB, 20A
5. 1 plug 13A point (Berdekatan pintu kaca). 1 point dari MCB, 20A
6. 1 plug 13A point berdekatan meja makan. Share point MCB dengan twin plug (A5)
7. 1 aircond point, 1 point dari MCB, 32A
8. 1 telephone point
9. 1 data outlet point
10. 1 CATV (Astro) point

B. Bilik 1 (Master)
1.- 4 downlight point. 1 point dari MCB, 6A
=> 2 downlight 1 suis, 2 suis untuk 4 downlight
2. 2 light point untuk lampu tidur katil, 2 suis. Share point MCB dengan downlight Bilik 1 (B1)
3. 1 twin plug 13A point (Kiri berdekatan tingkap). 1 point dari MCB, 20A
4. 1plug 13A point (Kanan katil). Share point MCB dengan twin plug (B3)
5. 1 aircond point, 1 point dari MCB, 32A
6. 1 data outlet

C. Bilik 2
1. 4 downlight point. 1 point dari MCB, 6A
=> 2 downlight 1 suis
2. 2 light point untuk lampu tidur katil. Share point MCB dengan downlight Bilik 2 (C1)
3. 1 twin plug 13A point, berdekatan katil. 1 point dari MCB, 20A
4. 1 twin plug 13A point, tv panel. 1 point dari MCB, 20A
5. 1 aircond point, 1 point dari MCB, 32A
6. 1 data outlet

D. Bilik 3 (Kecil)
1. 1 downlight point. 1 suis. 1 point dari MCB, 6A
2. 1 wall light lamp point. 1 suis share with D1. Share point MCB dengan downlight Bilik 3 (D1).
3. 1 twin plug 13A point, 1 point dari MCB, 20A
4. 1 twin plug 13A point, 1 point dari MCB, 20A
5. 1 aircond point, 1 point dari MCB, 32A
6. 1 data outlet + telephone
7. 1 power point 13A (Tidak perlu plug) untuk ventilation Fan 10”. 1 suis untuk ON Fan. 1 point dari MCB, 20A

E. Bilik Air
1. 2 downlight point, 2 * 1G2W way (Kitchen, Master). 1 point dari MCB, 6A
2. 1 power point untuk ventilation fan (Tidak perlu plug). Suis sama dengan downlight (E1). 1 point dari MCB, 20A
3. 1 water heater point, 1 suis berdekatan dapur. 1 point dari MCB, 32A

F. Belakang
1. 1 point untuk downlight. 1 suis bedekatan pintu belakang. 1 point dari MCB, 6A
2. 1 twin plug 13A point untuk washine machine dan Dryer. 2saperate point dari MCB, 20A

G. Entrance
1. 2 point untuk downlight, 1 suis. Suis join dengan A3. Share point MCB dengan downlight Hall (A1)
2. 1 power point untuk bell. 1 point dari MCB, 20A
2a. 1 suis point to bell (G2)

H. Dapur
1. 2 downlight point, 1 suis. Share point MCB dengan belakang (F1)
2. 1 plug 13A point(Cooker Hood), 1 point dari MCB, 20A
3. 1 twin plug 13A point (Oven dan Peti ais), 2 point dari MCB 20A
4. 1 twin plug 13A point (Rice cooker / water heater), 1 point dari MCB 20A

I. Balcony
1. 1 downlight point, 1 suis. Share point MCB dengan hall downlight (A1)

 

Posted in SS6 | 2 Comments

Pencarian kontraktor

Setelah menemui beberapa kontraktor, akhirnya kami membuat keputusan untuk mengambil kontraktor yg tinggal di tingkat 11 apartment kami. Memang byk kerja yg perlu dilakukan ke atas rumah tersebut memandangkan ia adalah rumah yg telah berumur hampir 20 tahun… detail untuk kerja2 mengubahsuai adalah seperti di bawah,

Projek : SS6 Renovation
Tarikh : 18th January 2012

Bilik 1 (Master)

- Bukak/Buang almari kayu lama
- Bukak/buang parkir
- Upah pasang tile baru + skirting
- Pasang plaster ceiling 4″-6″ + Cornice
- Sediakan lubang untuk downlight, 4 lubang untuk downlight 4″x4″ (model petak)
- Piping untuk aircond INVERTER, 1 HP
- Buang frame pintu kayu lama dan gantikan frame pintu besi

Bilik 2
- Bukak/buang parkir
- Upah pasang tile baru + skirting
- Pasang plaster ceiling 4″-6″+ Cornice
- Sediakan lubang untuk downlight, 4 lubang untuk downlight 4″x4″ (model petak)
- Piping untuk aircond biasa, 1 HP
- Buang frame pintu kayu lama dan gantikan frame pintu besi

Bilik 3 (Kecil)
- Bukak/buang parkir
- Bukak kayu atas, naikkan bata
- Buang tingkat dan naikkan bata.
- Pasang plaster ceiling 4″-6″+ Cornice
- Sediakan lubang untuk downlight, 1 lubang untuk downlight 4″x4″ (model petak)
- Upah pasang tile baru + skirting
- Piping untuk aircond biasa, 1 HP
- Buang frame pintu kayu lama dan gantikan frame pintu besi

Dapur

- Pecah dinding masuk dapur sebelah kiri, sebelah kanan tinggalkan 700mm / 2.3ft / 27.56inch
- Bukak/Buang kabinet dapur
- Pecahkan sinki batu
- Pasang dan ubah kedudukan paip sinki ke tingkap.
- Pecahkan mozek dinding dan lantai
- Upah pasang tile sampai ke siling (Full) + skirting
- Pasang plaster ceiling 4″-6″+ Cornice
- Sediakan lubang untuk downlight, 2 lubang untuk downlight 4″x4″ (model petak)

Bilik Air
- Pecah pintu bilik air (2 pintu) – Jarak dari dinding adalah 1000mm / 3.28ft / 39.37inch
- Naikkan bata pintu bilik air yang lama (2 pintu). Size 750mm x 1850mm
- Buang semua barang-barang lama di dalam bilik air (Water tank, sink, toilet bowl, etc)
- Pasang frame alluminium (750mm x 1850mm) untuk 2 pintu.
- Pecahkan mozek dinding dan lantai bilik air
- Upah pasang tile sampai ke siling (Full) + skirting
- Lantai pasang water proofing
- Piping untuk shower dan sinki
- Piping air panas daripada water heater ke shower dan sinki.
- Naikkan bata untuk tutup paip dan jadikan seperti Rak/Frame
- Tutup tingkap dan sediakan lubang untuk Ventilation Fan (10”)
- Pasang toilet bowl baru
- Buang sinki lama dan pasang sinki baru
- Pasang shower mixer dan shower head
- Pasang bidet (paip tepi toilet bowl)
- Sediakan tempat untuk shower screen 950mm daripada dinding. Lantai rendah untuk laluan air.

Balcony
- Pecahkan mozek lantai
- Lantai pasang water proofing
- Upah pasang tile baru + skirting

Hall
- Ratakan siling, perbaiki siling yang pecah, dan dilicinkan
- Pasang plaster ceiling LBOX 4″-6″ dari dinding dan lebar 1ft, keliling sahaja
- Sediakan lubang untuk downlight, 8 lubang
- Piping untuk aircond 2HP.
- Ratakan keliling/ divider/ skirting lantai untuk pemasangan laminated floor

Belakang
- Tutup dinding pintu belakang (Berdekatan Bilik 1)
- Buang frame pintu kayu lama dan gantikan frame pintu besi
- Upah pasang tile baru + skirting
- Betulkan bata-bata yang pecah

Entrance

- Pasang plaster ceiling 4″-6″, TIDAK perlu cornice
- Sediakan lubang untuk downlight, 2 lubang untuk downlight 4″x4″ (model petak)

Posted in SS6 | 5 Comments

Kali pertama tengok rumah

Pada 2 ogos 2011 suami telah menemui agen hartanah untuk melihat rumah yg telah diiklankan. apa yg menarik minat kami mengenai rumah tersebut adalah view yg sgt cantik dari unit ini. malangya, lupa pula saya nak snap view.hehe. insyaallah nanti saya akan kongsikan.

ruang tamu. alamak ada gambar ejen pulak.hehe

bilik kedua

dapur

alamak bilik utama takde pulak. nampak macam ok. tandas rumah ni cuma ada satu sahaja. connected dengan dapur dan bilik utama. lepas tengok rumah ni, keesokannya suami terus bayar deposit dan 10% dari harga rumah. harga yg kami dapat ada lah RM135k. under market value.

Posted in SS6 | 5 Comments

Heloo

Assalamualikum w.b.t. Semua. Nanti saya akan story secara detail mengenai progress renovation rumah kami di ss6. Tak lupa saya akan sertakan sekali harga setiap barang2 yg dibeli. See u ya!!

Posted in SS6 | 4 Comments